BANTUAN YANG DIPERLUKAN

RAPR amat memerlukan bantuan dan sokongan dari seluruh masyarakat dalam menjalankan operasinya.RAPR sedang dalam proses untuk melengkapkan prasarananya.Antara yang diperlukan:

1.                  Kenderaan yang sesuai  seperti kereta/Van/coaster atau bas untuk pengangkutan, menghadiri jemputan,kegunaan diwaktu sakit menghantar barang-barang ke rumah mereka yang memerlukan,mengambil barang dari rumah penyumbang, dan urusan lain yang berkaitan.

2.                  Kewangan untuk menampung kos sewa rumah,bil utiliti,keperluan makan/minum serta perbelanjaan-perbelanjaan lain.

3.                  Peralatan pejabat(baru/terpakai) seperti komputer,mesin faks,meja,kerusi,
      whiteboard,rak buku,sofa dll

4.                  Bahan makanan asas basah dan kering seperti beras,tepung,minyak,gula,telur,ikan bilis,susu tepung,susu pekat,milo,kicap,sos,meehoon,biskut,kentang,bawang dll.

5.                  Peralatan rumah seperti kipas angin,mesin basuh,peti ais,almari,TV, pakaian,tilam,bantal,rak kasut,cadar,carpet,langsir,penghawa dingin,katil dll

6.                  Sumbangan untuk pembangunan seperti simen,jubin lantai,papan tanda,pondok rehat,buaian,pokok/benih bunga/sayuran,baja,awning atau khidmat tenaga.

Nota:    
sekiranya barangan yang disumbang melebihi keperluan,RAPR akan mengagih-agihkannya kepada pihak yang memerlukan bantuan yang telah dikenalpasti seperti ke asrama-asrama kebajikan lain atau ke rumah individu yang dikenalpasti memerlukan bantuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan