PENGENALAN



Rumah Amal Permata Rohani(RAPR) merupakan rumah kebajikan yang menaungi seramai 20 orang anak yatim,anak fakir miskin serta anak asnaf zakat(layak menerima zakat).Disamping  itu RAPR turut menaungi seramai hampir 100 orang lagi anak-anak dari kelompok yang sama yang merupakan golongan asnaf zakat termasuk anak-anak ‘broken family’Rumah ini telah diasaskan dan memulakan operasinya dipenghujung 2008, Rumah Amal Permata Rohani kini telah menyewa satu unit rumah teres 2 tingkat yang menempatkan seramai 20 orang anak-anak perempuan,
Pusat Kebajikan ini telah didaftarkan dengan nama  PUSAT JAGAAN PERMATA ROHANI pada 27hb Februari 2009

 MISI

Menyelamatkan iman dan memberi kasih sayang untuk menggantikan kasih sayang fitrah ibu/bapa/penjaga bagi mereka yang tidak dapat mengecapinya.


GOLONGAN SASARAN

    1.      Anak- anak yatim
  1. Anak –anak fakir miskin
  2. Anak-anak ‘broken family’
  3. Remaja bermasalah
  4. Golongan kurang upaya
  5. Ibu-ibu tunggal
  6. Warga emas
                                                    

OBJEKTIF

  1. Membela anak-anak yatim,anak-anak fakir miskin,anak ibu tunggal,orang kurang upaya serta asnaf zakat agar mereka mendapat kembali permata hati yang telah hilang melalui seorang walidah(penjaga/pendidik) yang bertugas 24 jam di rumah ini. 
  1. Melahirkan insan yang mempunyai peribadi muslim yang baik serta bermenafaat kepada diri mereka sendiri,keluarga,agama bangsa dan tanahair serta berpeluang mencapai taraf hidup yang sempurna. 
  1. Mengasuh dan mendidik anak-anak golongan ini sehingga mereka mampu berdikari dan mempunyai jati diri yang selari dengan tuntutan  agama dan Negara.
  1. Mendidik golongan ini menjadi insan yang soleh/solehah serta menjadikan keredhaan Tuhan sebagai matlamat hidup mereka 

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

  1. Berusaha mendapatkan dana untuk disalurkan kepada semua golongan di atas dan mereka yang memerlukan bantuan 
  1. Menjadi pusat pengumpulan dan agihan bantuan  makanan asas,pakaian serta apa sahaja barangan kepada mereka yang kurang bernasib baik serta serba kekurangan. 
  1. Mengadakan kelas-kelas tuisyen,kelas fardhu ain,khidmat nasihat/kaunseling dan program/kursus motivasi, 
  1. Menganjurkan rehlah/ziarah untuk memberi mereka peluang berhibur dan berekreasi untuk pengisian rohani dan membangunkan jiwa mereka 
  1. Mengadakan persembahan kebudayaan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi sebagai latihan untuk berhadapan dengan masyarakat.

RUTIN HIDUP ANAK-ANAK RUMAH AMAL PERMATA ROHANI


5.00pg-    Bangun pagi,berdoa,mandi dan membersihkan diri

5.40pg-    Solat sunat tahajjud/solat subuh/wirid dan doa

6.30pg-  - Membaca Al quran /sarapan

7.15pg-     Membuat kerja kumpulan

7.30pg -    Ke sekolah

12.20-      Habis kelas/rehat/mandi/solat zohor

2.00ptg-    Makan tengahari

2.30ptg -   Aktiviti kelab

4.30ptg-     Persiapan solat/solat Asar berjemaah

5.30ptg -    Membersihkan persekitaran asrama/riadhah

6.30ptg-      Membersihkan diri/bersiap untuk solat maghrib

Maghrib   Solat maghrib berjemaah/mengaji Quran

8.00mlm -  Makan malam

Isyak   Solat Isyak berjemaah/Tazkirah

9.00mlm-   Ulangkaji pelajaran/selesaikan homework

10.15mlm   Bersiap untuk tidur(muhasabah,baca doa) dan tidur



BANTUAN YANG DIPERLUKAN

RAPR amat memerlukan bantuan dan sokongan dari seluruh masyarakat dalam menjalankan operasinya.RAPR sedang dalam proses untuk melengkapkan prasarananya.Antara yang diperlukan:

1.                  Kenderaan yang sesuai  seperti kereta/Van/coaster atau bas untuk pengangkutan, menghadiri jemputan,kegunaan diwaktu sakit menghantar barang-barang ke rumah mereka yang memerlukan,mengambil barang dari rumah penyumbang, dan urusan lain yang berkaitan.

2.                  Kewangan untuk menampung kos sewa rumah,bil utiliti,keperluan makan/minum serta perbelanjaan-perbelanjaan lain.

3.                  Peralatan pejabat(baru/terpakai) seperti komputer,mesin faks,meja,kerusi,
      whiteboard,rak buku,sofa dll

4.                  Bahan makanan asas basah dan kering seperti beras,tepung,minyak,gula,telur,ikan bilis,susu tepung,susu pekat,milo,kicap,sos,meehoon,biskut,kentang,bawang dll.

5.                  Peralatan rumah seperti kipas angin,mesin basuh,peti ais,almari,TV, pakaian,tilam,bantal,rak kasut,cadar,carpet,langsir,penghawa dingin,katil dll

6.                  Sumbangan untuk pembangunan seperti simen,jubin lantai,papan tanda,pondok rehat,buaian,pokok/benih bunga/sayuran,baja,awning atau khidmat tenaga.

Nota:    
sekiranya barangan yang disumbang melebihi keperluan,RAPR akan mengagih-agihkannya kepada pihak yang memerlukan bantuan yang telah dikenalpasti seperti ke asrama-asrama kebajikan lain atau ke rumah individu yang dikenalpasti memerlukan bantuan.

ANGGARAN PERBELANJAAN BULANAN

BIL
Anggaran Perbelanjaan Bulanan
Nilai
1.
Sewa rumah
750.00
2.
Bil air dan eletrik
600.00
3.
Bil telefon
500.00
4.
Makanan (20 org x RM8 x RM 30 hari)
4, 800.00
5.
Belanja sekolah ( 20 org x RM2 x 22 hari)
4,400.00
6.
Pengangkutan
1000.00
7.
Barang keperluan diri ( sabun, syampu, ubat gigi, sabun basuh dan lain-lain)
500.00
8.
Rawatan kesihatan / pergigian
500.00
9.
Saguhati petugas (3 org x RM500)
1, 500.00
10.
Pengurusan
1000.00
11.
Lain-lain perbelanjaan ( maintenance / kecemasan )
2000.00
12.
Jumlah keseluruhan
17,550,00

SUMBANGAN CEK/WANG TUNAI

Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami:
 Pn Maizura Othman : 010-5134399 / 
Pn Latifah Ibrahim : 018-2796227 / pej :0367331217
E-mail : permata_rohani@yahoo.com.my


Alamat surat menyurat:
Rumah Amal Permata Rohani

No. 12A, Jalan Desa 8/5, Bandar Country Homes,
 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan


Akaun Bank :
MBB 5620 1200 3947

PUSAT JAGAAN PERMATA ROHANI

Sumbangan berupa barangan / makanan bolehlah dihantar terus ke tempat kami atau hubungi terus wakil kami seperti yang dinyatakan di atas.

Segala sumbangan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih agar ianya dinilai di sisi Tuhan.


“Si pemurah yang jahil lebih dicintai Allah daripada
 ahli ibadah yang bakhil”
 maksud hadis riwayat Al Khatib